Sebenarnya, setiap tayar mempunyai maklumat yang terperinci berhubung
jenis, saiz dan keumpamaan, termasuk minggu dan tahun keluaran. sesiapa
saja dapat memahami maklumat ini untuk membuat pilihan tayar yang tepat
bagi kenderaan mereka. cara paling tepat memahaminya adalah dengan
memilih satu contoh tayar dan menelitinya sedikit demi sedikit.
Di bawah ini adalah panduan untuk makna nombor yang paling penting
bagi sebuah tayar. Sebagai contoh, kita akan teliti nombor berikut:
175/70R13 82H. Nombor 175 yang pertama dalam siri merujuk kepada lebar
itu dalam milimeter, iaitu jarak diukur dari sisi ke sisi. biasanya jika
lebih besar nilai angka ini lebih lebar tayar itu. Nombor 70 menyatakan
nisbah aspek (aspact ratio) tayar atau ketinggian tayar berbanding
dengan kelebaran tayar itu.
Dalam contoh, ketinggian tayar adalah 70% kelebaran tayar itu.
Biasanya tayar dengan nisbah aspek 55 kebawah diklasifikasi sebagai
tayar profil rendah. Tayar profil rendah memberi prestasi pengendalian
keseluruhan yang lebih bagus walaupun aspek keselesaan mungkin boleh
terjejas sedikit.
Huruf “R” merujuk kepada binaan tayar radial dan kesemua tayar kereta
menggunakan binaan radial sejak 20 tahun lalu. Tayar binaan radial
tidak mempunyai tiub dan memberi prestasi lebih bagus. Angka 13 merujuk
kepada garis pusat (diameter) rim untuk membolehkan tayar dimuatkan.
Jika ingin menukar kepada tayar dengan diameter lebih besar, anda juga
perlu menukar rim kepada diameter sama.
Nombor 82 melambangkan indek keupayaan mengangkut berat tayar itu.
Untuk mengetahui berat maksima melambangkan nombor “82″ kami perlu
merujuk kepada carta “index keupayaan mengangkut tayar berat” yang
ditetapkan diperingkat antarabangsa. sebagai contoh, nombor 82 bermakna
tayar mampu memikiu berat maksima 475 kilogram. Berat maksima meujuk
kepada setiap tayar, kita perlu darabkan 4 kali untuk memperolehi
kapasiti memikul berat kenderaan dengan empat tayar. (contoh: 475 x 4 =
1900 kg)
Huruf “H” yang terakhir adalah menyatakan kelajuan maksima bagi
sesebuah tayar yang direka. Taraf kelajuan H dalam contoh bermakna
bahawa tayar ini boleh mencapai dan mengekalkan kelajuan sejauh 210
km/j. Dibawah adalah senarai carta kelajuan maksimum seperti yang
dilambang oleh setiap huruf abjad.
S-180 km/j
T-190 km/j
U- 200 km/j
H-210 km/j
V-240 km/j
Z-melebihi hadlaju 240 km/j
W-270 km/j
Y-300 km/j
T-190 km/j
U- 200 km/j
H-210 km/j
V-240 km/j
Z-melebihi hadlaju 240 km/j
W-270 km/j
Y-300 km/j
Untuk tayar yang mempunyai keupayaan mengatasi kelajuan 270 km/j, huruf ZR akan digunakan.